E-book ini dalam format apa?
E-book dalam format PDF digital setebal 94 muka surat. Anda boleh membacanya di telefon, tablet atau komputer, dan mencetak worksheet serta templat untuk diisi.
Bagaimana saya terima e-book selepas membuat pembayaran?
Selepas pembayaran disahkan, pautan untuk memuat turun e-book akan dihantar ke emel anda. Pastikan emel yang diisi adalah betul, dan semak folder spam jika tidak menerimanya.
E-book ini dalam bahasa apa?
E-book ditulis dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami, dengan konteks Malaysia: SSM, LHDN, lesen CKAPS (Borang B), MMC, Bomba dan PBT.
Saya belum buka klinik lagi. Adakah e-book ini sesuai?
Sangat sesuai. Bab 1 (Clinic Startup Checklist) dan Pelan Tindakan 90 Hari direka khas untuk membantu anda bersedia dari segi undang-undang, lesen, susun atur, bajet dan pelancaran, sebelum anda menandatangani perjanjian sewa.
Klinik saya sudah beroperasi bertahun-tahun. Masih berguna?
Ya. Sebahagian besar e-book ini (KPI dashboard, SOP, mesyuarat operasi, kewangan, marketing dan kepimpinan) ditulis untuk klinik yang sedang berjalan tetapi masih terlalu bergantung kepada pemiliknya.
Adakah ia sesuai untuk klinik pergigian, estetik atau fisioterapi?
Kerangka operasinya (pesakit, pasukan, proses, keuntungan dan promosi) terpakai untuk kebanyakan klinik. Walau bagaimanapun, contoh lesen dan peralatan dalam Bab 1 lebih tertumpu kepada klinik perubatan am, jadi anda mungkin perlu menyesuaikannya mengikut bidang anda.
Saya bukan orang bisnes atau akaun. Boleh faham ke?
Boleh. E-book ini ditulis oleh doktor untuk doktor, dengan bahasa yang mudah, contoh P&L sebuah klinik, dan glosari istilah bisnes di bahagian Appendix.
Adakah e-book ini menggantikan nasihat akauntan atau peguam?
Tidak. E-book ini membantu anda memahami apa yang perlu dibuat dan soalan yang perlu ditanya. Untuk keputusan cukai, perundangan dan pematuhan yang khusus, sila dapatkan nasihat profesional bertauliah.